Wednesday 29 July 2015

Nasib Kita Berbeza

Klien (Orang terima bantuan) daerah Melaka Tengah.

Kehidupan dalam dunia ini mempunyai pelbagai cabaran dan dugaan. Setiap makhluk mempunyai dugaan yang tersendiri, apatah lagi yang bergelar manusia. Sedangkan, semut di dalam tanah juga ada yang kelaparan, kekurangan makanan, malahan ada juga yang mati kelaparan kerana tiada makanan yang boleh dimakan. Allah kurniakan masalah dan dugaan bukanlah untuk semata-mata ingin hamba-Nya menghadapi kesusahan, tetapi ianya adalah sebagai satu tiket untuk Allah hadiahkan suatu nikmat yang sangat luar biasa besarnya.


Klien di dalam gambar di atas ini juga mempunyai kesusahan dan dugaannya yang tersendiri. Yang mana kita sebagai masyarakat harus memandangnya sebagai satu pengajaran agar rasa syukur terhadap nikmat yang kita terima itu wujud dalam diri dan sentiasa meningkat. Klien ini tinggal di kampung Semabok, Melaka. Beliau mengalami penyakit kronik, dan memerlukan bantuan oksigen untuk bernafas sepanjang masa. Seorang ibu tunggal, dan mempunyai enam orang anak yang masih belajar. Cuba anda bayangkan, bagaimana situasi beliau hari ini? Tiada pendapatan tetap, melainkan mengharapkan bantuan daripada JKM dan MAIM yang tidak seberapa itu, dan berkemungkinan boleh diberhentikan pada bila-bila masa.

Ketika pertama kali kami menemui beliau, tidak banyak  masalah dan kisah tentang dirinya yang kami dapat tahu, kerana beliau agak keberatan dan segan untuk berkongsi kepada kami. Namun, pada hari ini, hampir dua tahun beliau telah menjadi klien kami, hampir keseluruhan cerita mengenai kehidupan beliau telah kami perolehi. Bukan tujuan untuk mengaibkan, tetapi kesusahan orang lain menjadi tanggungjawab kami untuk kami bantu dan berusaha untuk mengubah kesusahan kepada kesenangan. Itu matlamat MPKSM.

Walaubagaimanapun, setakat hari ini, beliau masih belum mampu untuk berdiri di tapak kaki sendiri memandangkan anak-anak beliau masih memerlukan belanja yang besasr di samping perbelanjaan harian untuk makan minum yang semakin meningkat kosnya. Sampai satu tahap, beliau pernah terputus bekalan makanan, dan tiada apa yang boleh dimasak. 

Kami telah cuba berusaha sebaik mungkin, namun bagaimana langkah kami tersangkut kerana ramai klien dibawah kami yang senasib, dan peruntukkan yang diturunkan kepada kami juga adalah sangat terhad. Maka, dengan solusi sendiri yang kami ambil, kami mencari alternatif dengan mencari penderma-penderma dan penyumbang yang bermurah hati daripada kalangan masyarakat sendiri untuk tampil membantu keluarga ini.

Maka, dengan serba sedikit kisah ringkas tantang klien ini, dapatlah kiranya kalian diluar sana menghulurkan bantuan untuk mereka, hubungi sahaja pegawai kami, En. Ishak ditalian 013-7774984 untuk menguruskan dalam segala perkara. (by:IshakJaiton)

No comments:

Post a Comment