Thursday 30 July 2015

Hubungi Kami

Alamat Ibu Pejabat MPKSM Negeri Melaka

Tingkat 1, Dewan Hang Tuah,
Jalan Hang Tuah,
75300, Melaka
Tel / Faks : 06-2824848

Kakitangan Pejabat MPKSM Melaka

Setiausaha Kerja
Hjh. Halimah Marikar
012-6120956

Penyelaras Unit KBDR Negeri Melaka
Tn. Hj. Shahrill Shah B. Mohd Salleh
011-12258328

Penyelaras Unit KBDR Daerah Melaka Tengah
En. Muhammad Ishak Bin Jaiton
013-7774984

Penyelaras Unit KBDR Daerah Jasin
Pn. Farah Azlin
017-3582009

Penyelaras Unit KBDR Daerah Alor Gajah
En. Mohd Fahis Bin Mohamad
011-2338052 

LAWATAN RASMI PENGERUSI MPKSM MELAKA KE RUMAH SEJAHTERA MACHAP DAN LENDU

Ketua unit KBDR, memandu kenderaan yang membawa Ybhg. Datuk Pengerusi
Ybhg. Datuk Hj Hamzah Hj Bajuri (tengah), Mr. Wong Chee Kiong (kiri) dan Mr. Peter Chung
Datuk Pengerusi sedang memantau lokasi
Datuk Pengerusi sedang memantau lokasi

29 Julai 2015 - Lendu - Pengerusi MPKSM Melaka, Ybhg. Datuk Hj. Hamzah Bin Hj. Bajuri telah meluangkan masa untuk membuat lawatan bersama-sama Mr. Peter Chung Yoke Onn, Setiausaha Kehormat MPKSM Melaka dan pegawai Unit KBDR Melaka, ke rumah-rumah orang tua di Machap dan Lendu. Dalam lawatan tersebut, Datuk pengerusi MPKSM Melaka telah dibawa untuk meninjau keadaan semasa dan sekitar rumah sejahtera di dua lokasi berkenaan. (by: IshakJaiton)

Wednesday 29 July 2015

Nasib Kita Berbeza

Klien (Orang terima bantuan) daerah Melaka Tengah.

Kehidupan dalam dunia ini mempunyai pelbagai cabaran dan dugaan. Setiap makhluk mempunyai dugaan yang tersendiri, apatah lagi yang bergelar manusia. Sedangkan, semut di dalam tanah juga ada yang kelaparan, kekurangan makanan, malahan ada juga yang mati kelaparan kerana tiada makanan yang boleh dimakan. Allah kurniakan masalah dan dugaan bukanlah untuk semata-mata ingin hamba-Nya menghadapi kesusahan, tetapi ianya adalah sebagai satu tiket untuk Allah hadiahkan suatu nikmat yang sangat luar biasa besarnya.


Klien di dalam gambar di atas ini juga mempunyai kesusahan dan dugaannya yang tersendiri. Yang mana kita sebagai masyarakat harus memandangnya sebagai satu pengajaran agar rasa syukur terhadap nikmat yang kita terima itu wujud dalam diri dan sentiasa meningkat. Klien ini tinggal di kampung Semabok, Melaka. Beliau mengalami penyakit kronik, dan memerlukan bantuan oksigen untuk bernafas sepanjang masa. Seorang ibu tunggal, dan mempunyai enam orang anak yang masih belajar. Cuba anda bayangkan, bagaimana situasi beliau hari ini? Tiada pendapatan tetap, melainkan mengharapkan bantuan daripada JKM dan MAIM yang tidak seberapa itu, dan berkemungkinan boleh diberhentikan pada bila-bila masa.

Ketika pertama kali kami menemui beliau, tidak banyak  masalah dan kisah tentang dirinya yang kami dapat tahu, kerana beliau agak keberatan dan segan untuk berkongsi kepada kami. Namun, pada hari ini, hampir dua tahun beliau telah menjadi klien kami, hampir keseluruhan cerita mengenai kehidupan beliau telah kami perolehi. Bukan tujuan untuk mengaibkan, tetapi kesusahan orang lain menjadi tanggungjawab kami untuk kami bantu dan berusaha untuk mengubah kesusahan kepada kesenangan. Itu matlamat MPKSM.

Walaubagaimanapun, setakat hari ini, beliau masih belum mampu untuk berdiri di tapak kaki sendiri memandangkan anak-anak beliau masih memerlukan belanja yang besasr di samping perbelanjaan harian untuk makan minum yang semakin meningkat kosnya. Sampai satu tahap, beliau pernah terputus bekalan makanan, dan tiada apa yang boleh dimasak. 

Kami telah cuba berusaha sebaik mungkin, namun bagaimana langkah kami tersangkut kerana ramai klien dibawah kami yang senasib, dan peruntukkan yang diturunkan kepada kami juga adalah sangat terhad. Maka, dengan solusi sendiri yang kami ambil, kami mencari alternatif dengan mencari penderma-penderma dan penyumbang yang bermurah hati daripada kalangan masyarakat sendiri untuk tampil membantu keluarga ini.

Maka, dengan serba sedikit kisah ringkas tantang klien ini, dapatlah kiranya kalian diluar sana menghulurkan bantuan untuk mereka, hubungi sahaja pegawai kami, En. Ishak ditalian 013-7774984 untuk menguruskan dalam segala perkara. (by:IshakJaiton)

Monday 27 July 2015

Pertemuan MPKSM Bersama Ketua Pengarah JKM

Ketua Unit KBDR MPKSM Melaka, bersama Dato' Zulkiply Bin Ramli, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM)

Kami bersedia berhadapan dengan semua peringkat, dalam memastikan kebajikan masyarakat terbela. Kami tidak mahukan populariti atau nama, tetapi cukup sekadar penghargaan untuk kami terus bergerak membela kebajikan masyarakat. (by:IshakJaiton)

Usaha Kecil Untuk Membina Kekuatan Besar


Perjumpaan antara Ketua Unit KBDR Melaka bersama pegawai Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)

Perjumpaan empat mata, bersama pegawai MAIM pada 27 Julai 2015, buat julung kalinya, membawa kepada perbincangan penyatuan kerjasama antara MPKSM dengan MAIM. Walaupun usaha ini nampak kecil, tetapi inilah salah satu usaha kami untuk membuat satu perubahan yang besar kepada masyarakat yang memerlukan bantuan. Kami bersedia bergerak demi menjaga kebajikan masyarakat. (by: IshakJaiton)

Kongsikan Kebahagian Bersama Orang Sekeliling

Salam Sejahtera, dan salam Kebajikan.
Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia.

Keindahan hidup yang dianugerahkan oleh Tuhan ini bukanlah semata-mata untuk diri yang menerimanya sahaja. Tetapi, keindahan yang sebenarnya adalah apabila kita turut berkongsi keindahan yang dianugerahkan oleh-Nya kepada insan yang kurang bernasib baik. Apabila hal itu berlaku, ternyata Tuhan yang maha Pemurah dan Kaya dengan nikmat pasti akan menambahkan segala keindahan-keindahan yang dimiliki-Nya kepada kita. Oleh itu, berkongsilah keindahan hidup, kebahagiaan dan senyuman untuk "mereka" yang memerlukannya. (by:IshakJaiton)

(KBDR-Bekerja untuk masyarakat)